Monday, June 17, 2019

PENYELESAIAN TERHADAP MASALAH KEPENGAKAPAN

Pendahuluan

Tak kenal maka tak cinta;  bila dah kenal dah cinta dan dah menjadi daging darah, dah sebati dengan keluarga, dah sebati dengan kehidupan seharian dan sudah tidak asing lagi bagi diri ini telah dikenali sebagai seorang ahli dalam kegiatan berpengakap.  Jadi seharusnya bila nampak sesuatu berlaku depan mata, terlihat di media dan seumpamanya perlulah ditegur, diberi pandangan yang membolehkan pergerakan Pengakap dapat berjalan dengan sebaiknya.

Saya bukanlah seorang yang terbaik dalam segala hal.  Akan tetapi hasil dari pengalaman bermula dari alam persekolahan sehingga kini saya amat rasakan proses berpengakap yang diterapkan kepada anak-anak tidak berlangsung dengan sebaiknya.

Perjumpaan Mingguan

Setiap hari RABU akan diadakan perjumpaan ko-kurikulum.  Unit Unifom,  Persatuan Bukan Unifom,  Sukan dan Permainan.  Maka dalam sebulan besar kemungkinan akan hanya ada satu sahaja perjumpaan Unit Berunifom.

Pasukan Pengakap sebagai satu cabang dari unit berunifom itu dengan hanya berskala sebulan sekali sahaja berjumpa apa yang boleh dilakukan.  Tambahan pula tempoh masa yang diperuntukkan selama 2 jam itu adakah boleh dimanafaat dengan semaksima mungkin untuk melatih unit Pengakap bagi mencapai Anugerah Pengakap Raja sebagai anugerah tertinggi itu.

Bulan berganti bulan,  tahun 2019 - hari ini bertarikh 18 JUN apa yang telah dapat disempurnakan.  Berapa kali telah dapat diadakan perjumpaan Pengakap,  dah 6 bulan seharusnya paling tidak jika setiap bulan diadakan 2 kali perjumpaan  di bulan Jun ini paling tidak sudah berlangsung 12 kali perjumpaan pengakap mingguan.


1 comment:

OSMAN BIN CHAIN said...

Setiap dari kita akan cuba untuk mencari dan terus mencari apa kaedah untuk menyelesaikan apa jua masalah yang kita hadapi. Saya cuba untuk berkongsi idea dengan saudara Pengakap sekelian. Bila mana sesuatu itu terjadi seharusnya perlu dicari akan punca masalahnya.

Diperingkat Pasukan seharusnya terdiri dari beberapa buah Patrol. Bagaimana? Telah ujud sebuah Patrol dalam pasukan anda. Mari kita mulakan dari sebuah Patrol yang terdir dari seorang Ketua Patrol, Penolongnya, Setiausaha, Bendahari, Kuarter Master Makanan, Kuarter Master Alatan dan sebagainya.

Dari Patrol mari kita rancang sebuah perjumpaan selama 2 jam itu yang diperuntukkan kepada kita. Sebenarnya kita boleh lakukan...

LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Tarian Jamboree Antarabangsa Johor

KE ARAH PENCAPAIAN ANUGERAH PENGAKAP RAJA 2020

Salam hormat kepada semua,

Mudah-mudahan dirahmati ALLAH. Berikut disarankan suatu tatacara sapertimana berikut:

1.0 Lencana Jaya Diri : 02/2019
2.0 Lencana Kemahiran : 04/2019
3.0 Lencana Kegiatan : 06/2019
4.0 Lencana Ekspedisi : 08/2019
5.0 Lencana Perkhidmatan : 10/2019
6.0 Rambu Pengakap Remaja : 12/2019

9.0 ANUGERAH PENGAKAP RAJA
9.1 Seorang Pengakap Remaja sebelum dianugerahkan Lencana dan Sijil Pengakap Diraja hendaklah:

(a) Telah memegang Rambu Pengakap Remaja dan berumur tidak kurang daripada tujuh belas tahun semasa memohon untuk menjalani Ujian Pentarafan Pengakap Raja.

(b) Diakui mempunyai kemahiran Pengakap yang secukupnya dan bersedia mengamalkan kemahiran itu untuk masyarakat.

(c) Diakui oleh Ketua Pesuruhjaya Negara sebagai seorang Pengakap yang berkelakuan baik dan berperibadian sebagai seorang Pengakap yang boleh dijadikan teladan.

9.2 Pengakap Remaja itu hendaklah menghadiri Kem Ujian Sikap yang dianjurkan oleh pihak Pasukan Latihan Daerah.

10.0 TEMUDUGA : 4/2020
11.0 UJIAN PENTARAFAN : 5/2020
12.0 PENGANUGERAHAN :

Terima kasih semua atas kerjasama menyelesaikan apa yang kusut. Kita telah kembali bertaut, bersatu hati dalam menyelesaikan apa jua masalah dalam muafakat yang kelak akan membawa berkat.

InsyaAllah, kita mulakan sekali lagi - hari ini saya dapat lihat kesungguhan anak buah SMK MAHSURI, LANGKAWI yang menampakkan minat untuk mencapai Anugerah Pengakap Raja.




RANCANGAN AKTIVITI PASUKAN LATIHAN

PPM NEGERI KEDAH DARUL AMAN.

Januari
1. Kursus Kepimpinan Manikayu (Pengenalan)
2. Bengkel Pemimpin Pengakap Remaja

Februari
1. Kursus Kepimpinan Manikayu (Pengenalan)
2.

Mac
1. Kursus Kepimpinan Manikayu (Pengenalan)
2. Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat 1)

April

Mei
1. Bengkel Ujian Rambu Tanda Cemerlang

Jun
1. Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat III-Bahagian I PKK)

Julai
1. Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat III - Bahagian I PM/PR)
2. Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat III - Bahagian II PKK)

Ogos
1. Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat III - Bahagian II PM/PR)

Oktober1. Kursus Kemahiran Pengakap

Mengenai Diri Saya

Tetamu Kita:-

Jawi

Terima kasih atas kunjungan anda,

Sebarkan ilmu;

Sesungguhnya ilmu yang diamalkan itu
akan memperolehi pahala sebagai ganjarannya.
Disamping itu Allah akan menambahkan lagi ilmu kita. Mudah-mudahan.

Amin.