Wednesday, June 24, 2020

1 OKTOBER, 2021

Tarikh keramat kerana aku telah mengambil keputusan nekad untuk tidak meneruskan perkhidmatan sebagai seorang Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah yang teramat aku cintai.  

Pengakap sudah menjadi darah daging pada diri ku.  Perpisahan teramat menyakitkan, Pengakap sudah menjadi darah daging.  Semua dalam keluarga wajib menjadi Pengakap; isteri, anak pertama, kedua, ketiga dan keempat semua menjadi ahli Pengakap.

Isteri kesayangan dari bukan seorang Pengakap telah dipaksa menjadi seorang pengakap berpunca dari bantuan yang sering diminta untuk aku bantu beliau melatih ahli dari unit lain.  Aku kebetulan kenal baik dengan Cikgu Abu Bakar bin Said, GPK Kokurikulum telah menyarankan kepada untuk menubuhkan Pasukan Pengakap Puteri di sekolah tersebut.  Setelah ditubuhkan bermulalah beliau sebagai seorang Pemimpin Pengakap Puteri.  

Kini masa untuk berada di luar telah tiba.  Sampai masanya untuk aku melihat Pasukan yang aku amat minati, kasihi dan sayangi dari LUAR.  Insya Allah saudara ku sekelian, aku akan tetap membantu dalam apa jua keadaan kerana lebih baik aku berada diluar dan kosongkan jawatan tersebut untuk diisi oleh saudara yang lain.  Malah mereka boleh melaksanakan tugas dengan cemerlang dan gemilang.

Saudara sekelian,

Aku memulakan kegiatan sebagai seorang ahli Pengakap bermula dari tahun 1976 di sebuah sekolah dalam negeri Kedah.  Kumpulan 56 Alor Setar, SMK Alor Janggus.  Dalam tingkatan 2 kerana kumpulan berkenaan hanya membenarkan pelajar dari tingkatan 2 sahaja diambil untuk menjadi ahli. 

Dua tahun juga aku dapat menimba pengalaman sebagai ahli di kumpulan tersebut.  Bila diingat balik banyak aktiviti yang telah dianjurkan.  Antara yang aku ingat antaranya:
1.   Perkhemahan di sekolah
2.   Perkhemahan di Pantai Merdeka - menaiki bas
3.   Perkhemahan di Langkawi -  berbasikal
Pemimpin yang terlibat Cikgu Mahmood dan Cikgu Azhar bin Hassan, Ustazah Siti Fatimah bt Din

Tahun 1978 berpindah sekolah ke SMK Tunku Abdul Rahman, Mergong di Kumpulan ke 22 Alor Setar.
Kumpulan 22 Alor Setar tempat aku menimba ilmu kepengakapan, ilmu kepimpinan yang menjadi bekalan untuk aku meneruskan hidup dalam pengakap sehingga kini.

Selain dari di sekolah aku juga menjadi ahli Pengakap Laut Kumpulan Pertama Alor Setar yang peroperasi kegiatannya di Rumah Pengakap Negeri Kedah berhampiran dengan Taman Sepada Balia, Alor Setar.  Wah dua unifom, Darat dan Laut.  Kawadnya berbeza dan dicanangkan kumpulan akan mengikuti latihan di Kapal TLDM di Pulau Pinang.  Amat teruja aku dengan cerita-cerita yang digembar gemburkan yang sehingga hari ini tak dapat aku realisasikan walaupun untuk anak-anak didik Pengakap sehingga ke hari ini.

Setelah tamat persekolahan tingkatan 5 aku meneruskan kegiatan dengan mengikuti kegiatan Pengakap Kelana "A" Alor Setar.  Pasukan ini banyak membantu Pengakap Daerah Kota Setar yang menganjurkan pelbagai aktiviti pada setiap cuti penggal persekolahan.  Antara aktiviti yang masih aku ingat;
1.   Perkhemahan Cuti Penggal Persekolahan
2.   Kem Ketua Patrol Daerah
3.   Kem Bina Semangat di Kem Padang Sanai
4.   Kem Ujian Lencana
5.   Dan Lain-lain
Mula melibatkan diri sebagai Penolong Pemimpin bila berjinak-jinak dengan Kumpulan ke 19 Alor Setar, SMK Tunku Abd Malik; mereka satu patrol merancang untuk menyertai Jamborette Pulau Pinang yang pertama di Kem Coronation, Kebun Bunga, Pulau Pinang.  Aku bersama saudara Azmi bin Din bertindak sebagai pemimpin dan 10 orang ahli pergi dengan bas telah berjaya mengikut Jamborette tersebut.

Belajar dari pengalaman, banyak kenalan terutama dari daerah Bandar Baharu terutama YB Abd. Majid bin Hitam, cik gu Zakaria, cikgu Yusof, pak long Yusof dan lain-lain lagi,  kami mula mengenali Pengakap Kanak-kanak.

Setelah pulang kami berdua melawat ke daerah Bandar Baharu.  Balik dari Bandar Baharu kami yang pada masa tu menganggur dan melawat ke sekolah-sekolah.  Sekolah pertama, SK Sri Amar Diraja, Alor Merah.  Aku bersama Saudara Amer Asri bin Haji Ahmad beranikan diri bertemu tuan Guru Besar, Tuan Syed Salim Barakbah menceritakan tentang hasrat dan tujuan kami untuk menubuhkan Pasukan Pengakap Kanak-Kanak di sekolah tersebut.

"Boleh jumpa dengan cik gu Abu Hassan bin Salleh dan bincang dengannya"ujar Pak Tuan Syed memberi kebenaran.  Alhamdulillah setelah berbincang dipersetujui akan diadakan Perjumpaan pada hari Rabu sebelah petang.

Sekolah kedua kami ke SK Gunong, Guru Besarnya Tuan Haji Bashah bin Hassan.  Kami amat kenal tuan haji yang pada ketika itu merupakan Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri Kedah.  Pemimpin sekolah tersebut cikgu Md Isa

Sekolah ketiga yang kami lawati sekolah baru iaitu SK Taman Uda, pemimpinnya cik gu Harun.  Sekolah seterusnya SK Sungai Baru, pemimpinnya cikgu Ramalinggam.

Monday, June 17, 2019

PENYELESAIAN TERHADAP MASALAH KEPENGAKAPAN

Pendahuluan

Tak kenal maka tak cinta;  bila dah kenal dah cinta dan dah menjadi daging darah, dah sebati dengan keluarga, dah sebati dengan kehidupan seharian dan sudah tidak asing lagi bagi diri ini telah dikenali sebagai seorang ahli dalam kegiatan berpengakap.  Jadi seharusnya bila nampak sesuatu berlaku depan mata, terlihat di media dan seumpamanya perlulah ditegur, diberi pandangan yang membolehkan pergerakan Pengakap dapat berjalan dengan sebaiknya.

Saya bukanlah seorang yang terbaik dalam segala hal.  Akan tetapi hasil dari pengalaman bermula dari alam persekolahan sehingga kini saya amat rasakan proses berpengakap yang diterapkan kepada anak-anak tidak berlangsung dengan sebaiknya.

Perjumpaan Mingguan

Setiap hari RABU akan diadakan perjumpaan ko-kurikulum.  Unit Unifom,  Persatuan Bukan Unifom,  Sukan dan Permainan.  Maka dalam sebulan besar kemungkinan akan hanya ada satu sahaja perjumpaan Unit Berunifom.

Pasukan Pengakap sebagai satu cabang dari unit berunifom itu dengan hanya berskala sebulan sekali sahaja berjumpa apa yang boleh dilakukan.  Tambahan pula tempoh masa yang diperuntukkan selama 2 jam itu adakah boleh dimanafaat dengan semaksima mungkin untuk melatih unit Pengakap bagi mencapai Anugerah Pengakap Raja sebagai anugerah tertinggi itu.

Bulan berganti bulan,  tahun 2019 - hari ini bertarikh 18 JUN apa yang telah dapat disempurnakan.  Berapa kali telah dapat diadakan perjumpaan Pengakap,  dah 6 bulan seharusnya paling tidak jika setiap bulan diadakan 2 kali perjumpaan  di bulan Jun ini paling tidak sudah berlangsung 12 kali perjumpaan pengakap mingguan.


Tuesday, January 13, 2009

ALU-ALUAN



Assalamualaikum dan Salam Pengakap,

SMK Mahsuri, Langkawi, Kedah Darul Aman.

15 Mac, 2017 memulakan pengembaraan ke suatu daerah yang amat hebat bilamana ditukarkan dari SMK Pedu ke SMK Mahsuri.   Diterima baik akan tetapi amat rumit untuk memurnikan pergerakan pengakap bagi kumpulan ke 17 Daerah Langkawi ini.

Persediaan bila anak buah akan menyertai Jamboree Kedah 2017......

1 Januari, 2018

Tahun kedua di SMK Mahsuri

PLD Langkawi telah menganjurkan Kursus Ketua Patrol

Pengakap SMK Mahsuri JOHAN pertandingan Kawad Kaki peringkat sekolah.
Tahniah.  PLD dijemput DC and team menerangkan cara untuk mencapai Pengakap Raja.
2018 masih lagi gagal membuahkan hasil.

 1 Januari 2019

Tahun ketiga di Daerah Langkawi

Tahniah PLD anjurkan Kem Ujian Sikap;  Pengakap SMK Mahsuri hantar wakil 5 orang peserta terdiri dari Pengakap Remaja tingkatan 4 dan tingkatan 3.

CPR masih lagi dengan persiapan menyediakan buku log.

PLD Langkawi menganjurkan kursus ketua patrol satu hari di SK Ulu Melaka pada hari Sabtu

Rabu, 27 Februari, 2019 -  Perhimpunan Kokurikulum peringkat sekolah, Pengakap SMK Mahsuri diberi tugas untuk mengendalikan.

1 orang ahli Pengakap memakai Rambu Pengakap Raja???

Selasa, 18 JUN 2019

Aku dan Pengakap

Aku telah menyiapkan borang tauliah bersama dengan isteri.  Agak malang bagi aku kerana tauliah aku tak dapat disiapkan kerana pelbagaian alasan sedangkan aku yang mengisi semua borang itu besertakan dengan lampiran-lampiran yang diwajibkan.  Agak aneh juga tahun 2019 setelah bertahun aku mengisi borang tauliah saban tahun kali ini tauliah aku sehingga hari ini masih belum diselesaikan.

Akibatnya aku cuma didaftarkan keahlian bagi tahun 2019, aku tidak mempunyai tauliah sebagai Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap -  GSAT,  tanpa tauliah sebagai Jurulatih Kebangsaan, tanpa tauliah sebagai Penaraf Pengakap Raja serta Penaraf Anugerah BP.

Bagaimana pula halnya dengan daerah-daerah pengakap dalam negeri Kedah yang amat aku cintai ini.  Pendaftarannya,  permohonan sijil Pengakap Rajanya setelah selesai proses Penarafan yang tidak dapat aku hadiri itu.

Apa sebenarnya yang diuji, yang nak di semak semasa Kem Penarafan Pengakap Raja dilangsungkan.  Bagaimana CPR itu memperolehi sesuatu Lencana?  Sebagai contoh lencana Keahlian.  Bagaimana proses ujian dilangsungkan, bila CPR berkenaan diuji, siapa pengujinya, masa mana CPR itu diajar yakni dalam masa diadakan Perjumpaan Mingguan. 

Dilema Perjumpaan Mingguan









LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Tarian Jamboree Antarabangsa Johor

KE ARAH PENCAPAIAN ANUGERAH PENGAKAP RAJA 2020

Salam hormat kepada semua,

Mudah-mudahan dirahmati ALLAH. Berikut disarankan suatu tatacara sapertimana berikut:

1.0 Lencana Jaya Diri : 02/2019
2.0 Lencana Kemahiran : 04/2019
3.0 Lencana Kegiatan : 06/2019
4.0 Lencana Ekspedisi : 08/2019
5.0 Lencana Perkhidmatan : 10/2019
6.0 Rambu Pengakap Remaja : 12/2019

9.0 ANUGERAH PENGAKAP RAJA
9.1 Seorang Pengakap Remaja sebelum dianugerahkan Lencana dan Sijil Pengakap Diraja hendaklah:

(a) Telah memegang Rambu Pengakap Remaja dan berumur tidak kurang daripada tujuh belas tahun semasa memohon untuk menjalani Ujian Pentarafan Pengakap Raja.

(b) Diakui mempunyai kemahiran Pengakap yang secukupnya dan bersedia mengamalkan kemahiran itu untuk masyarakat.

(c) Diakui oleh Ketua Pesuruhjaya Negara sebagai seorang Pengakap yang berkelakuan baik dan berperibadian sebagai seorang Pengakap yang boleh dijadikan teladan.

9.2 Pengakap Remaja itu hendaklah menghadiri Kem Ujian Sikap yang dianjurkan oleh pihak Pasukan Latihan Daerah.

10.0 TEMUDUGA : 4/2020
11.0 UJIAN PENTARAFAN : 5/2020
12.0 PENGANUGERAHAN :

Terima kasih semua atas kerjasama menyelesaikan apa yang kusut. Kita telah kembali bertaut, bersatu hati dalam menyelesaikan apa jua masalah dalam muafakat yang kelak akan membawa berkat.

InsyaAllah, kita mulakan sekali lagi - hari ini saya dapat lihat kesungguhan anak buah SMK MAHSURI, LANGKAWI yang menampakkan minat untuk mencapai Anugerah Pengakap Raja.




RANCANGAN AKTIVITI PASUKAN LATIHAN

PPM NEGERI KEDAH DARUL AMAN.

Januari
1. Kursus Kepimpinan Manikayu (Pengenalan)
2. Bengkel Pemimpin Pengakap Remaja

Februari
1. Kursus Kepimpinan Manikayu (Pengenalan)
2.

Mac
1. Kursus Kepimpinan Manikayu (Pengenalan)
2. Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat 1)

April

Mei
1. Bengkel Ujian Rambu Tanda Cemerlang

Jun
1. Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat III-Bahagian I PKK)

Julai
1. Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat III - Bahagian I PM/PR)
2. Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat III - Bahagian II PKK)

Ogos
1. Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat III - Bahagian II PM/PR)

Oktober1. Kursus Kemahiran Pengakap

Mengenai Diri Saya

Tetamu Kita:-

Jawi

Terima kasih atas kunjungan anda,

Sebarkan ilmu;

Sesungguhnya ilmu yang diamalkan itu
akan memperolehi pahala sebagai ganjarannya.
Disamping itu Allah akan menambahkan lagi ilmu kita. Mudah-mudahan.

Amin.